Sains Membuktikan Kebenaran Ayat-ayat Al-Qur'an!

Posted by justme

AHLI BEDAH PERANCIS MEMELUK ISLAM SETELAH MEMBEDAH MAYAT FIRAUN

Seorang guru besar/ahli bedah kenamaan Prancis, Prof. Dr. Maurice Bucaille, masuk Islam secara diam-diam. Sebelumnya ia membaca dalam Al-Qur’an, bahwa Fir’aun itu mati karena tenggelam di laut (dengan shock yang berat) dan jasadnya oleh Allah diselamatkan (Yunus:92). Dicarinya mumi Fir’aun itu; dan setelah ketemu, dilakukannya bedah mayat. Hasilnya membuat ia terheran-heran, karena sel-sel syaraf Fir’aun menunjukan bahwa kematiannya benar akibat tenggelam di laut dengan shock yang hebat. Menemukan bukti ini, ia yakin kalau Al-Qur’an itu wahyu Allah. Prof. Dr. Maurice Bucaille mengatakan bahwa semua ayat-ayat Al-Qur’an masuk akal dan mendorong sains untuk maju. Ia pun lantas masuk Islam.

Ir. RHA. Syahrul Alim Msc dalam bukunya “Menuju Persaksian”, menjelaskan tentang beberapa penemuan ilmu pengetahuan yang menakjubkan, yang sebenarnya telah disiratkan dalam Al-Qur’an: yaitu antara lain:


Keadaan bagian Bumi

Bumi yang kita tempati ini, adalah suatu planet yang kurang lebih berbentuk bola raksasa. Bagian luar dari bola bumi yang berupa tanah dan batuan mempunyai kerapatan kira-kira 3 gram/cc. Makin jauh kedalam bumi ternyata makin besar rapatnya dan makin tinggi pula temperaturnya. Pada kira-kira 50 Km dari permukaan bumi maka temperaturnya mencapai kira-kira 1500 oC dan rapatnya kira-kira 3,5 gram/cc. Pada jarak kira-kira 3000 km ke dalam bumi rapatnya akan mencapai nilai 9,7 gram/cc dan suhunya kira-kira 5000 oC. Bagian ini disebut teras bumi. Di pusat bumi rapatnya akan naik lagi sehingga mencapai kira-kira 13 gram/cc dan suhunya ditaksir kira-kira 7000 oC
Bagaimana halnya jika pada suatu ketika bumi berkesempatan memuntahkan isinya yang berat dan panasnya itu? Ia akan mengejutkan seluruh umat manusia, dan akan mengakibatkan kehancuran serta kemusnahan semua kehidupan di muka bumi. Dan ini berarti hari akhir bagi semua manusia.


Allah memberitahukan peristiwa yang akan terjadi pada hari kiamat itu:

Jika bumi diguncangkan dengan sehebat-hebatnya dan bumi mengeluarkan isi-isinya yang berat
Az-Zilzal:1-2

Dan jika bumi diulurkan (dikembangkan) dan bumi memuntahkan isi-isinya, dan menjadi kosonglah ia.
Al-Insyiqoq:3-4

Firman-firman di atas sesuai sekali dengan apa yang telah diketahui oleh manusia sekarang ini tentang isi (bagian dalam) bumi, seperti diterangkan di atas


Pasang-pasangan dalam bumi

Dalam kehidupan sehari-hari, kita mengenal adanya pasang-pasangan. Jantan dan betina, siang dan malam, dan lain-lain. Pasang-pasangan seperti itu bersifat saling melengkapi dan mengakibatkan timbulnya keharmonisan dalam alam ini. Dalam penyelidikan manusia tentang zarah elementer yang merupakan batu penyusun dari benda-benda, ternyata juga dijumpai pasangan-pasangan. Menurut fisika atom atau fisika inti, telah diketemukan pasangan-pasangan yang sangat menggemparkan para ahli, seperti elektron dan positron, proton dan anti proton, nuetron dan anti neutron dan berbagai-bagai zarah dan anti zarah lainnya. Dengan demikian terbukalah kemungkinan adanya anti materi disamping materi yang biasa, atau adanya anti atom disamping atom-atom biasa


TOKOH TEOLOGI KRISTIAN/AHLI MATEMATIK MEMELUK ISLAM SETELAH MENYEDARI KEPINCANGAN BIBLE


Dr. Gary Miller atau nama Islamnya Abdul Ahad Omar, asalnya ialah seorang tokoh Ilmu Teologi Kristian dari Kanada dan juga pakar Matematik. Pada tahun 1978 beliau
dihadiahkan al-Quran dan selepas membacanya beliau mula
menyedari tentang kepincangan Bible dan kebenaran al-Quran. Beliau
terus memeluk agama Islam dan merupakan seorang pendakwah Muslim yang
komited hinggalah ke hari ini.

Antara tulisan beliau yg menarik ialah
yang bertajuk “The Amazing Quran" (Quran Yang Mengkagumkan) . Dalam tulisan ini beliau membuktikan bahawa al-Quran adalah wahyu dan tidak mungkin ditulis oleh manusia dengan menggunakan pendekatan saintifik.

Beliau menjelaskan bahawa seperkara yang mengejutkan golongan yang bukan Islam
selepas mereka mengkaji al-Quran ialah, ia tidak seperti apa yang
mereka jangkakan. Bagi mereka, al-Quran ialah sebuah kitab tua yang
datang dari padang pasir Arab dan berumur lebih kurang 14 abad.

Justeru mereka
menjangkakan, isi-isinya pasti juga tua lagi kuno seperti umurnya.
Sebahagian daripada mereka pula menjangkakan, oleh kerana ia datang
dari padang pasir, ia pasti banyak bercerita tentang padang pasir.
Tiba-tiba mereka menyedari bahawa ia tidak seperti itu.

Al-Quran
boleh dikaji secara saintifik kerana ia mengutarakan sesuatu yang tidak
diutarakan oleh kitab-kitab agama lain secara amnya. Malah al-Quran
mampu menyahut cabaran ahli-ahli sains.

Konsep sains pada hari ini
ialah satu konsep yang memerlukan bukti. Jika seseorang mengutarakan
sesuatu teori, pakar-pakar sains tidak akan mempedulikannya melainkan
jika ia disertakan dengan bukti dan sanggup melalui beberapa ujian yang
saintifik.

Al-Quran sebenarnya sanggup diperlakukan seperti itu untuk
membuktikan bahawa ia adalah benar. Seribu empat ratus tahun sudah
berlalu dan tidak ada sesiapa pun yang mampu membuktikan kepalsuan
al-Quran, justeru al-Quran adalah sebuah kitab yang hak lagi benar.

Namun demikian janganlah pula al-Quran ini dikaji terlebih dahulu sebelum meyakininya. Kita adalah golongan yang meyakini perkara-perkara ghaib. Termasuklah kebenaran al-Quran. Walaupun kita belum lagi mempunyai masa untuk mencari persamaan antara sains dengan al-Quran, namun yakinlah bahawa al-Quran tetap benar.

"Sains hanyalah sekadar tahap terendah yang boleh dicapai oleh kehebatan al-Quran."











0 comments:

Post a Comment